Pada awal Jun 2013 yang lalu, buat pertama kalinya, kami berkolaborasi dengan team Muslimah Divers, Telekung Project (NGO) dan TV Alhijrah menghasilkan sebuah 'Tukun' yang ditempatkan di Bayu Dive Centre, Genting Reef, Pulau Tioman. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat ini adalah untuk menyediakan tempat pembiakan batu karang dan hidupan dasar laut disamping membuat gotong-royong di kawasan perkampungan Kampung Genting, Pulau Tioman.
Tukun yang sudah siap untuk di bawa ke Pulau Tioman
Big Bos bersama team Muslimah Divers
Proses perbincangan untuk menurunkan Tukun bersama team divers profesional di Bayu Dive Centre
Penurunan Tukun
Team Muslimah Divers di hadapan Bayu Dive Centre
Para peserta SAH Di Lautan - Javareka, Muslimah Divers, Telekung Project, TV Alhijrah dan para penaja.
Keadaan tukun selepas 2 minggu di dasar laut
Hidupan laut yang sudah mula menghuni kawasan tukun